

Mama nak berkongsi pengalaman mengandung, melahirkan & menjaga si kembar ni..hmm tentu ada yg tertanya2, siapa yg ada baka kembar ni? Ni semua adalah rezeki dari Allah, tp nk bgtau jgk la, mama sendiri yg kembar..Alhamdulillah, melimpah ruah rezeki yang Allah bagi..
2 GOOD NEWS
Awal 2011, aku disahkan mengandung lagi!!masa tu aku dah mula rasa mcm simptom2 org mengandung, tp xde la concern sgt..lps sebulan lebih baru aku ke klinik utk buat pemeriksaan..ya positive!! Alhamdulillah, congak2 aku dijangka bersalin pd 30/8/2011.. dah mula berangan nk dpt anak merdeka!! Aku x pernah scan kandungan aku sehinggalah masuk bulan keempat..selesai check-up dgn nurse, aku masuk ke bilik doktor utk pemeriksaan & scan..mula2 doktor pun x perasan, tp bila dia perhatikan betul2 then dia kate,'eh ada dua laa'..kami mula teruja..masa tu aku ke klinik bersama suami n dua2 anak kami pun ikut..so diorg pun tgk sama monitor mesin pengimbas tu..kami tersenyum kerana x sangka bakal dpt anak kembar..bila difikir2kan balik, patut la teruk sgt mabuk aku kali ni..sampai kena masuk wad due to dehydration..3 hari masuk air..doktor pun tumpang gembira sampaikan dia panggil doktor lain utk bgtau berita gembira tu..
Tu satu good news..another one is, pd hari yg sama jugak aku mendapat panggilan telefon dari sebuah syarikat di Subang, menawarkan pekerjaan as a System Analyst. 2 minggu sebelum tu baru je aku pergi temuduga, dan Alhamdulillah aku diterima bekerja di situ..Syukur ke hadrat Ilahi, berganda2 rezeki yang Kau berikan kepada kami setelah bermacam2 dugaan yang kami harungi.
Aku diminta melaporkan diri seminggu selepas itu..gembira tak terkira..setelah hampir 2 tahun aku tidak bekerja (bkn istilah menganggur ok, sebab aku x kerja tp jd suri rumah), akhirnya dapat juga aku kembali bekerja..tp untuk permulaan aku terpaksa meninggalkan anak2 aku di kg..biarlah aku dan suami yg memulakan hidup baru di bandar, demi kebaikan diorg biarlah kami berpisah buat sementara..
NEW LIFE
Tanggal 04.04.2011 aku sepatutnya melaporkan diri di tempat baru..tetapi disebabkan masalah teknikal yang tidak dpt nk dielakkan, aku terpaksa memulakan kerja pada keesokan harinya. Suasana baru, kawan2 baru, kerja baru, tanggungjawab baru..semuanya baru..Alhamdulillah rakan2 sekerja semuanya ok, bos pun ok..aku diletakkan di dlm 'probation' selama 6 bln..Di pejabat, aku menyibukkan diri dengan kerja2 yg diberikan, tetapi balik kerja, hati ini asyik teringatkan anak2 di kampung..seminggu terasa bagaikan terlalu lama..tiap2 minggu kami pulang ke
kampung menjenguk anak2..di sini pula, aku perlu berjumpa dengan doktor pakar setiap bulan untuk pemeriksaan..ye la, kes kembar, perlu pemerhatian rapi..Alhamdulillah kandungan aku dari sebulan ke sebulan tiada apa2 masalah, si kembar pun semakin aktif, cuma pada awal kandungan je HB aku rendah..agak merisaukan jugak sebab aku sepatutnya memerlukan darah yang banyak untuk berkongsi dgn 2 babies..aku cuba pelbagai cara utk tambah darah, termasuk mengambil ubat2 yang diberikan oleh pihak hospital..Alhamdulillah HB aku meningkat..Hasil perbincangan dgn doktor pakar, beliau mengesyorkan aku supaya bersalin secara pembedahan, dan tarikh bersalin akan dipercepatkan dlm 2-3 minggu. Menurut doktor, aku disyorkan supaya bersalin secara pembedahan disebabkab twin pregnancy & 1 previous scar..so masalah mungkin akan timbul sekiranya aku bersalin secara normal, bimbang kalau2 bby dlm keadaan cephalic, jd untuk mengelakkan risiko, for the sake of mother and babies, aku dinasihatkan untuk ceaser..aku dan suami akur dengan keputusan doktor.. dan doktor
telah pun menetapkan tarikh untuk aku menjalani pembedahan, iaitu pada 15.08.2011 dalam kandunganku berusia 37 minggu..nampaknya xde can la aku nk dpt anak merdeka :)
MASA SEMAKIN HAMPIR
Diam x diam, dah masuk bln Ogos..kaum muslimim dan muslimat dah mula berpuasa..aku pulak mula menghitung hari..tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi untuk aku menghabiskan sisa-sisa kerja di ofis sebelum aku mula bercuti..aku cuba untuk berpuasa, tapi hanya mampu bertahan selama 4 hari..mengenangkan anak2 yang perlukan makanan dan zat, aku mengalah..lagipun memang aku x larat untuk berpuasa..aku mula bercuti pada 13.08.2011.
14.08.2011 aku diminta untuk daftar di hospital untuk pembedahan keesokan harinya..mak dan bapa mertua aku dtg dr kampung untuk memberi semangat kepadaku. Anak2 aku pun turut datang sekali, aku berkata kepada si kakak, "umi nak pergi hospital, nak keluarkan baby..kakak tunggu rumah, nanti umi balik bawa baby..". dia faham tp mungkin tertanya2 mcm mana nk keluarkan baby :)
Sampai di hospital, aku mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran, tetapi agak malang sebab katil semua penuh, jadi kami terpaksa tunggu & berehat di aras 1 sahaja, menunggu sehingga ada katil kosong. Sementara menunggu, aku dan ibu2 yang lain diperiksa oleh doktor dan jururawat yang bertugas..buat CTG, scan, dan belakang tapak tangan aku disuntik untuk dimasukkan air..sementara itu doktor yang bertugas memberi sedikit penerangan tentang pembedahan esok. Katanya sebarang kemungkinan bakal terjadi, antaranya pesakit terpaksa dibius penuh sekiranya bius separuh tidak
menjadi. Pesakit juga mungkin akan dimasukkan darah sekiranya berlaku banyak kehilangan darah semasa pembedahan. Darah yang dimasukkan juga mungkin mengandungi kuman seperti Hepatitis, HIV, dan sebagainya tapi semua kebarangkalian itu, adalah dalam peratusan yang kecil, namun aku tetap rasa berdebar2..padahal ini bukanlah kali pertama aku menjalani pembedahan. Selepas itu doktor meminta aku menandatangani surat persetujuan untuk pembedahan.
Menjelang petang barulah aku dihantar ke wad di aras 6. Setelah tukar uniform hospital, aku hanya berehat di katil..datang pula doktor bius, menerangkan prosedur untuk bius dan sebarang komplikasi yang bakal terjadi..katanya ibu mengandung akan dibius separuh sahaja, kerana bius penuh agak merbahaya bagi ibu mengandung..doktor akan cuba beberapa kali suntikan bius sehingga pesakit merasa kebas dari pinggang hingga ke bawah..namun sekiranya percubaan bius separuh gagal, doktor terpaksa bius penuh, tetapi kes ini jarang terjadi. Apa yang dibimbangi adalah bius penuh
kadangkala boleh membuatkan pesakit masih tidak sedarkan diri setelah beberapa jam pembedahan, ada juga kes sehingga pesakit dimasukkan ke icu..mendengarkan semua itu menjadikan aku bertambah takut, namun ku kuatkan semangat dan berserah segalanya kepada Allah..semoga aku selamat menjalani pembedahan dan selamat melahirkan si kembar.. Insyaallah..
Pada malamnya pula aku disuruh berpuasa dari pukul 12 tgh mlm..air kosong pun tidak dibenarkan minum. Sebelum itu datang jururawat meminta aku memakan ubat dan sebiji pil lagi aku diminta makan pada pukul 6 pagi esok dengan hanya sedikit air. Malam itu juga jururawat bertugas menyediakan 'uniform' untuk pembedahan..huhu..tengok uniform tu je dah cukup buat aku gerun..pagi esok kena bangun awal, mandi n terus pakai operation suit tu..Malam tu Alhamdulillah aku dpt tidur, tapi ye la tidur di hospital, bknnya lena sgt pun..setiap jam terjaga..
MENJELANG PEMBEDAHAN...
Dah pagi..pkl 6 aku dah bangun, mandi n terus sarungkan operation suit tu..menurut jururawat yang bertugas, aku giliran yg ke-2 untuk pembedahan. Aku menanti dengan penuh sabar..suamiku pun datang awal menemani aku..sebelum itu sempat juga aku call mak dan mak mertua aku, minta diorg doakan aku..


